KES MENANTU: 4 SOALAN PM KENA JAWAB.
Menantu PM didakwa dapat projek RM1.16 Bilion. Ia menjadi kontroversi. Integriti Kerajaan PN dipersoalkan.
Syarikat IRIS umum di Bursa Malaysia, mereka sudah dapat surat anugerah atau letter of award (LOA) projek NIIS Jabatan Imigresen bernilai RM1.16 Bilion. Surat LOA dari KDN itu bertarikh 29.1.2021. Ini tidak boleh dinafikan.
Menantu lelaki PM, Datuk Adlan Berhan adalah rakan kongsi IRIS. Manakala anak lelaki Vincent Tan adalah pemilik majoriti saham IRIS
Justeru ada 4 soalan yang Muhyiddin kena jawab segera dan sejujurnya.
Pertama, apakah benar menantu PM pemilik majoriti saham S5 System.
Kedua, apakah benar S5 System adalah rakan kongsi IRIS. IRIS menggunakan konsortium untuk melobi kontrak itu dan S5 adalah pemain utamanya.
Ketiga, benarkah anak Vincent Tan sebagai pemegang majoriti saham IRIS membeli saham tersebut selepas PRU ke 14
Ke empat, kenapa luluskan projek mega NIIS tersebut secara tergesa gesa di musim darurat ini?
Projek National Integrated Information System (NIIS) Jabatan Imigresen akan menggantikan sistem sedia ada iaitu Malaysian Immigration System (myIMMS). Ia akan dipasang di semua pintu masuk negara seperti airport..
Empat soalan itu ditujukan kepada Muhyiddin kerana dia adalah PM. Kedua, kerana menantunya terlibat. Ketiga, pada 11.12.2018, Muhyiddin selaku Menteri KDN Kerajaan PH telah membatalkan kontrak yang sudah diberi kepada Prestariang pada Ogos 2017.
Kemudian Muhyiddin minta proposal baru “request for proposal” (RFP) pada tahun 2019. Ini memberi peluang syarikat yang ada kaitan dengan menantunya melobi dan membida.
Sebab itu Muhyiddin kena jawab. Jangan membisu. Jangan autokratik. Jangan guna darurat serta gantung Parlimen sebagai muslihat untuk buat perkara lain.
Banyak yang rakyat mahu tahu termasuk tindakan saman oleh Prestariang yang menuntut ganti rugi sebanyak RM732 Juta. SPRM mesti berani menyiasat.
Amat mendukacitakan di musim darurat ini macam macam lulus. Buat 3 dewan di Parlimen Pagoh sampai RM35 .4 Juta. Kini menantu pula adalah orang berkepentingan dalam projek yang bernilai RM1.16 Bilion.
Jawab, jangan tidak dijawab.
Dr Puad Zarkashi