Quantcast
Channel: MalaysiaFlipFlop
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2719

The Influence of Big Money in Malaysia

$
0
0

 

Pegawai polis dikaitkan ‘Geng Nicky’ dibebaskan






SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi di sini diberitahu seorang pegawai polis yang ditahan bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA) atas dakwaan mempunyai kaitan dengan ahli perniagaan buruan, Nicky Liow sudah dibebaskan.

Peguam Sreetheran Vallithan memaklumkan Hakim Mahkamah Tinggi, Abdul Karim Abdul Rahman, bahawa Rahmat Fitri Abdullah, pegawai polis berpangkat ASP, dibebaskan dua hari lalu.

Peguam Persekutuan, Muhammad Safuan Azhar mengesahkan pembebasan itu.

Rahmat kemudiannya menarik balik rayuannya terhadap perintah tahanan itu dan Karim membatalkan permohonan habeas corpus hari ini kerana perkara itu kini bersifat akademik.

Bagaimanapun, hakim berkata, Rahmat membangkitkan dua perkara undang-undang yang menarik.

Rahmat, ketua jenayah komersial di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul yang ditahan pada 21 April lalu, memberi alasan penahanannya bawah SOSMA tidak sah kerana ahli keluarganya tidak dimaklumkan.

Tambahan, katanya, kuasa polis menahan suspek bawah SOSMA selama 28 hari luput pada 31 Julai 2017 kerana satu resolusi yang diluluskan Parlimen tidak diwartakan Menteri Dalam Negeri.

Sementara itu, peguam Gobind Singh Deo, yang mewakili Baldev Singh, juga dari IPD Sentul, berkata permohonan anak guamnya, yang sama dengan Rahmat, akan didengar di hadapan hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur esok.

Peguam T Harpal Singh, yang mewakili Supari Muhammad dari IPD Melaka Tengah, berkata kes anak guamnya akan didengar 19 Mei ini.

Peguam Latheefa Koya dikatakan mewakili dua pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung penahanan mereka.

Seminggu lalu, Ketua Polis Johor Ayob Khan Mydin Pitchay dilaporkan berkata, 10 pegawai polis dan dua pegawai SPRM yang ditahan atas dakwaan mempunyai kaitan dengan “Geng Nicky”, disiasat untuk penipuan serta pengubahan wang.

Status baki tujuh pegawai polis masih tidak diketahui.

Pada 30 Mac lalu, bekas Ketua Polis Negara, Abdul Hamid Bador berkata, 34 pegawai dan anggota agensi penguat kuasa disyaki bersekongkol dengan “Geng Nicky” yang dikaitkan dengan Pengasas Winner Dynasty Group, Nicky Liow Soon Hee.

Baru-baru ini, siasatan menunjukkan Liow, 33, kali terakhir dilihat di Setiawalk, Puchong, pada 20 Mac lalu. Dia dipercayai masih bersembunyi dalam negara ini dengan beberapa beg wang tunai.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2719

Trending Articles