Gergasi perladangan negara, Felda akan berhenti daripada melabur dalam sektor hospitaliti selepas menerima kritikan ekoran pembelian kompleks apartmen bernilai £98 juta (RM497 juta) di London. Syarikat perladangan kelapa sawit itu kini hanya akan memberikan fokus kepada hotel milik mereka yang stabil dengan dua daripadanya terletak di dalam negara. Buat masa ini, Felda tidak merancang untuk membeli mana-mana hotel. Konglomerat itu hanya akan fokus kepada hotel sedia ada beroperasi.
Felda kini memiliki tiga hotel - Hotel Seri Costa di Melaka dengan nilai belian berjumlah RM24 juta, Hotel Grand Borneo di Sabah bernilai RM86 juta, dan Apartment Service Plaza di Bayswater, London yang bernilai RM500 juta. Kesemuanya dibeli sejak dua lalu... semuanya di waktu Isa Samad menjadi Pengerusi bukan eksekutif Felda. Pembelian di London amat mengejutkan pemain industri dengan harga terlalu tinggi dibuat oleh Felda Investment Corp (FIC) UK Properties. Lokasi berkenaan adalah popular di kalangan rakyat Malaysia yang menetap di London.
Pengkritik berkata, Felda seharusnya melabur dalam bidang yang berkaitan kepakaran mereka iaitu pertanian berbanding hartanah mahupun pelancongan. Jadi jelas ada kesangsian wujud penyelewengan dan salah guna kuasa pihak terbabit dalam pembelian sektor hospitaliti yang secara kebetulannya semasa ini berlaku Isa Samad ada Pengerusinya dan Bibi Sharliza Khalid sudah pun menjadi isterinya. Kala tindakan pembelian itu tepat dan bijak mengapa perlu diarahkan berhenti oleh pihak Jabatan Perdana Menteri??????
Tidak cukup dengan itu sudah mula kedengaran rungutan betapa anak syarikat Felda, Felda Prodata yang diketuai oleh individu yang mempunyai talian persaudaraan dengan isteri Isa Samad melakukan kerja-kerja membahagi2kan kerja-kerja membekal dan kontrek kepada syarikat-syarikat kroni Bibi Sharliza Khalid ... dari sekecil-kecil kotrak sampailah sebesar-besarnya ... habis disapu keliling sampai sedikit pun tidak tinggal sisa .. dahsyat sungguh .. itulah yang pemberi maklumat memberi tahu. Bunyi macam tidak percaya jer ... tetapi pemberi maklumat suruh pastikan dengan cuba merisik di Felda Prodata bagi pengesahan dan bakal dilakukan.
Tidak berhenti dengan itu dikhabarkan Felda kini berdepan dengan tindakan saman RM14 juta gara-gara kontraktor ubah suai Menara Felda diberhentikan kotraknya dipercayai atas campur tangan Bibi Sharliza dengan menyerahkan kontrak ubah suai kepada syarikat pilihan hatinya. Kisah ini sudah menjadi rahsia umum dan perbualan kalangan kakitangan Felda. Last but not least ialah nama 3 indvidu yang dikenali sebagai The Three Stooges of Bibi Sharliza iaitu Rais, Razlan dan David. Siapakah mereka-mereka ini yang cukup berpengaruh dalam menentukan hala tuju keputusan penting terutamanya melibat pelaburan dan perniagaan Felda???? Pihak terlibat wajar memberikan pencerahan sebab kisah ini sudah ligat dijadikan baha perbualan dalam kelompok warga Felda.
Felda perlu dibersihkan dari pandangan negatif dan persepsi buruk rakyat akibat terlalu rancak campur tangan isteri Isa Samad dalam keputusan-keputusan penting Felda. Tidak mau isteri lebih berkuasa dari suami .. malahan ada jua kedengaran gurau senda bahan jenaka betapa kini isteri Isa Samad jauh lebih berkuasa dan kaya dari beliau sekarang .. Sama ada ianya benar atau tidak, perlu tuan punya badan mengeluarkan kenyataan yang menyakinkan demi pencerahan dan kebenaran. Tiada komen ertinya benar .. memberikan jawapan semborono beerti menghina kebijaksanaan rakyat berfikir dan menilai.