Quantcast
Channel: MalaysiaFlipFlop
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2719

The New MB of Kedah

$
0
0
Johari Abdul left UMNO to join Anwar during Reformasi time.
As punishment he was left to survive at the Pudu Market.
After GE14 again Mahathir and Daim choose to ignore him.
THANKS GOD, SOMEONE BELIEVE IN HIM AND THIS COMING WEEK HE WILL BE GIVEN A CHANCE TO DEVELOP KEDAH WHICH HAS BEEN NEGLECTED SINCE 1982.
**********************

Ahli Parlimen Sungai Petani Datuk Johari Abdul malam semalam berkongsi kisahnya yang sebelum ini berstatus ahli perniagaan jutawan, bertukar menjadi seorang penjaja yang papa kedana setelah meninggalkan Umno untuk menyertai PKR.
“Saya ceburi bidang perniagaan dan bekerja dengan seorang tokoh yang cukup berkuasa, (Tun) Daim (Zainuddin) dalam membangunkan Langkawi. Ketika itu saya menyertai Umno,” katanya.
“Saya berhubungan rapat dengan ahli-ahli politik, saya agak selesa memiliki kilang gula-gula yang besar di Pulau Pinang. Saya juga banyak mengembara.
“Apabila perbalahan antara (perdana menteri) Tun Dr Mahathir Mohamad dan (timbalannya) Datuk Seri Anwar Ibrahim tercetus, saya memegang jawatan penting dalam Umno, dan saya juga adalah proksi untuk beberapa pemimpin terkemuka dalam syarikat mereka,” katanya tanpa menamakan pemimpin berkenaan.
Johari, yang berucap pada majlis amal ‘Sponsor a Constituency’ malam semalam, mengakui dirinya adalah seorang jutawan ketika itu.
“Saya terpaksa membuat pilihan antara sama ada terus bersama Umno atau menyertai gerakan Reformasi,” katanya.
“Ia adalah masa yang sukar bagi saya. Saya berbincang dengan isteri dan anak-anak saya, dan mereka berkata, saya seharusnya berjuang.
“Jadi saya menyertai Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk menubuhkan parti baru,” katanya.
Susulan keputusan itu, kata Johari, beliau kehilangan semua jawatan lumayan dalam dunia korporat dan terpaksa hidup dengan menjadi seorang penjaja di pasar Pudu selama dua tahun.
“Ini adalah pengalaman yang saya mahu berkongsi dengan kamu, khususnya golongan belia.
“Apabila tiba masanya untuk membuat keputusan, kita perlu memilih kepentingan rakyat tanpa mengambil kira kekayaan dan jawatan penting,” katanya. – Malaysiakini

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2719

Trending Articles